Pages

Welcom To My Blogger

Hi I am Nur Sobirul Hanna. I am ten years old. I live at Temerloh,Pahang.

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Rakyat: Raja Rimba Dengan Keldai

         Pada zaman dahulu, semua haiwan di hutan hidup dalam keadaan harmoni. Pada suatu hari, Raja Rimba telah mati. Semua singa bermesyuarat untuk memilih raja yang baharu. Dengan tidak disangka, seekor keldai tua menyertai mesyuarat tersebut.
         Tanya keldai itu, "Mengapa memilih kalangan kamu sendiri? Kamu semua sama. Tiada apa-apa yang membezakan kamu. Carilah raja yang berbeza daripada rakyatnya. Lihatlah diriku. Aku mempunyai kuku kaki yang tebal dan sepasang telinga yang besar. Kamu semua tidak mempunyai apa yang aku miliki. Fikirlah     dalam-dalam. Terimalah aku sebagai raja kamu!"
         Semua singa berbisik-bisik sesama sendiri dan menganggukkan kepala. Selepas dipilih, keldai duduk di atas takhta lalu membuat undang-undangnya. Dia mahu semua singa makan rumput dan hidup seperti keldai.
          Semua singa mematuhi undang-undang baharu itu. Walau bagaimanapun, seekor anak singa tidak dapat menahan kemarahannya lalu berkata kepada keldai, "Hei, keldai!Aku keturunan singa,aku tidak makan rumput." Kemudian, anak singa terus membaham keldai yang menjadi raja rimba itu.
           Semenjak itu, semua singa tidak lagi makan rumput kerana mereka tidak mahu dipermainkan lagi.

PULAU GAYA

Ismawi pulang dari Pulau Gaya dengan menaiki sebuah bot.Dia menaiki sebuah bas ke Sandakan.Ismawi singgah di sebuah gerai kraf tangan.Dia membeli sehelai baju dan sepasang kasut.Selepas itu,dia ke sebuah gerai buah-buahan.Dia membeli setandan pisang,seikat rambutan,tiga biji durian dan beberapa biji jagung.