Pages

Welcom To My Blogger

Hi I am Nur Sobirul Hanna. I am ten years old. I live at Temerloh,Pahang.

Monday, October 24, 2011

Kisah seram keluarga saya

       Pada 5 Tahun yang lalu, abangku yang baru berumur 7 tahun terdengar bunyi pelik yang sangat kuat.ibuku menanya "Bunyi apa itu hakim?,".Abangku menjawab,"Rasanya Bunyi UFO,".Ibuku terus ketawa dan berkata "Mana ada UFO dalam dunia ini,".Abangku kelihatan keliru lalu berkata,"Habis tu, bunyi apa??,".Ibuku terdiam sahaja.
        Pada tahun lepas, aku terdengar bunyi yang pelik itu yang pernah didengar oleh abangku. Aku menanya ibuku "Bunyi apa itu emak?,".Ibuku menjawab,"Bunyi itu bunyi puntianak," 

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Rakyat: Raja Rimba Dengan Keldai

         Pada zaman dahulu, semua haiwan di hutan hidup dalam keadaan harmoni. Pada suatu hari, Raja Rimba telah mati. Semua singa bermesyuarat untuk memilih raja yang baharu. Dengan tidak disangka, seekor keldai tua menyertai mesyuarat tersebut.
         Tanya keldai itu, "Mengapa memilih kalangan kamu sendiri? Kamu semua sama. Tiada apa-apa yang membezakan kamu. Carilah raja yang berbeza daripada rakyatnya. Lihatlah diriku. Aku mempunyai kuku kaki yang tebal dan sepasang telinga yang besar. Kamu semua tidak mempunyai apa yang aku miliki. Fikirlah     dalam-dalam. Terimalah aku sebagai raja kamu!"
         Semua singa berbisik-bisik sesama sendiri dan menganggukkan kepala. Selepas dipilih, keldai duduk di atas takhta lalu membuat undang-undangnya. Dia mahu semua singa makan rumput dan hidup seperti keldai.
          Semua singa mematuhi undang-undang baharu itu. Walau bagaimanapun, seekor anak singa tidak dapat menahan kemarahannya lalu berkata kepada keldai, "Hei, keldai!Aku keturunan singa,aku tidak makan rumput." Kemudian, anak singa terus membaham keldai yang menjadi raja rimba itu.
           Semenjak itu, semua singa tidak lagi makan rumput kerana mereka tidak mahu dipermainkan lagi.

PULAU GAYA

Ismawi pulang dari Pulau Gaya dengan menaiki sebuah bot.Dia menaiki sebuah bas ke Sandakan.Ismawi singgah di sebuah gerai kraf tangan.Dia membeli sehelai baju dan sepasang kasut.Selepas itu,dia ke sebuah gerai buah-buahan.Dia membeli setandan pisang,seikat rambutan,tiga biji durian dan beberapa biji jagung.

Wednesday, February 9, 2011

contoh karangan tahun 3.Gotong-royong.

               Pada hari minggu yang lalu,keluarga Daud membersihkan kawasan rumah mereka, secara bergotong-royong.Sani dan kakaknya,Daila menyapu sampah di sekeliling rumah.Danial  pula mengelap cermin tingkap ibu mereka,Puan Darwina membakar sampah dan mencuci longkang.Daud menanam kesemua tin-tin kosong di belakang rumah supaya air tidak bertakung.Ayah pula memesin rumput yang panjang.Mereka sekeluarga gembira kerana dapat bekerjasama.Nyamuk tidak dapat membiak dan kesehatan terjamin.Kini, kawasan rumah mereka kelihatan bersih.

Thursday, January 20, 2011

Kawan karib Saya

              Saya mempunyai seorang sahabat karib.Nama sahabat karib saya ialah Nurfathul Adlin binti Haji Ripaie.Saya memanggil dia Adlin. Dia berumur 9 tahun.Diabersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh  .Dia pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal.Nama ibu Adlin ialah Fazidah binti Haji Kamaruddin manakala ayahnya bernama Haji Ripaie bin Haji Hussin.Dia mempunyai 3 orang adik beradik.Dia tinggal di Taman Temerloh Jaya ,Temerloh.Makanan kegemarannya ialah nasi goreng pataya dan minuman kegemarannya ialah laici.Hobi dia ialah menonton televisyen dan cita-citanya untuk menjadi cikgu.Adlin seorang yang baik,bersopan-santun,berbudi - bahasa,selalu membantu saya dan kawan -kawan yang lain.Saya suka bersahabat dengan dia kerana dia,tidak pernah sombong.Saya berharap saya akan terus bersahabat baik dengannya sam bai bia - bila.                                                                                  

Wednesday, December 15, 2010

Salam Perkenalan

Hello nama saya Sobirul Hanna.Sesiapa yg mengenali sy tolong komen